Bagi DUN Merlimau, 1,500 atau 14 peratus telah keluar mengundi.
*****
9.15 pagi – Calon BN DUN Merlimau, Roslan Ahmad telah mengundi di SK Merlimau 1 jam 8.30 tadi & calon BN DUN Kerdau Syed Ibrahim telah mengundi di SK Kuala Tekal. Calon Pas di kedua-dua tempat terbabit tidak mengundi di kawasan PRK DUN Merlimau dan DUN Kerdau.
*****
TEMERLOH, 6 Mac – Pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Merlimau dan DUN Kerdau dibuka tepat 8.00 pagi seperti dijadualkan.
Calon BN DUN Kerdau ialah Naib Ketua Umno bahagian Kuala Krau dan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dicabar Ketua Penerangan PAS Pahang, Hassanuddin Salim, 43 manakala di Merlimau calonnya BN adalah Roslan Ahmad, 44, iaitu Anggota Jawatankuasa Umno bahagian Jasin, ditentang calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38.
Tiga belas pusat pengundi bagi DUN Kerdau ialah Dewan Puspa Rumpun Makmur, Sekolah Kebangsaan Jengka 25, Sekolah Kebangsaan Jengka 22, Balai Raya Kampung Seri Tanjung, Sekolah Kebangsaan Jengka 23, Sekolah Kebangsaan Kuala Tekal, Sekolah Kebangsaan Pulau Pasir Mandi, Balai Raya Kerai; Sekolah Kebangsaan Lipat Kajang, Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau, Sekolah Kebangsaan Paya Taram, Sekolah Kebangsaan Kerdau dan Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang.
Bagi DUN Merlimau, tujuh pusat pengundian telah dibuka iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Jasin Lalang, Sekolah Kebangsaan Chin Chin, SJK Tamil Ladang Jasin Lalang, Sekolah Kebangsaan Merlimau 2, Sekolah Kebangsaan Merlimau 1, Sekolah Kebangsaan Merlimau dan SJKC Merlimau.
Proses pengundian akan berakhir jam 5 petang dan keputusan dijangka diumumkan pada 8 malam ini.
UMNO PASTI BERJAYA, AMIN...
BalasPadam