Rabu, 2 Mac 2011

Najib diberi sambutan rasmi di Australia

Najib diberi sambutan rasmi di Australia

2011/03/03

CANBERRA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, diberikan sambutan rasmi negara di pekarangan Bangunan Parlimen di sini hari ini sempena lawatan tiga hari beliau ke Australia.

Di tengah-tengah cuaca segar musim luruh, Perdana Menteri Austalia, Julia Gillard, menyambut ketibaan Najib di pekarangan Bangunan Parlimen yang mempunyai ciri unik karya seni masyarakat pribumi dibentuk daripada 100,000 keping jubin mozek.

Sembilan belas das tembakan sebagai tanda hormat dilepaskan sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dikumandangkan.

Najib yang berpakaian sut gelap, kemudiannya memeriksa barisan kawalan kehormatan, disaksikan oleh orang kenamaan Malaysia dan Australia, serta pengunjung di Parlimen.

Najib dan Gillard kemudian mengadakan perbincangan tertutup dan diikuti dengan mesyuarat dua hala bersama pegawai-pegawai kanan kedua-dua negara.

Najib yang tiba di ibu negara Australia semalam, mempunyai jadual padat di Canberra dan Melbourne.

Lawatan ke benua ini adalah yang pertama bagi Najib sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada April 2009.

Najib di dalam laman sosial Facebook mengenai lawatannya ke Australia menyatakan: "Kami melihat kepada hal-hal yang akan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama lain bagi menggalakkan kerjasama kedua-dua negara."

- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan