Rabu, 2 Mac 2011

Lagi Fitnah Pembangkang Didedahkan Muhyiddin

TEMERLOH, 1 Mac – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini kesal dengan dakwaan tidak berasas pihak pembangkang bahawa kerajaan kini tidak mempunyai wang dan terpaksa menambah sumber pendapatan menerusi saman ekor.

Katanya saman ekor adalah berkaitan dengan penguatkuasaan undang undang jalan raya dan pesalah trafik perlu menjelaskan kompaun.

“Ini bukan soal kerajaan ada duit atau tak ada duit dan juga bukan soal politik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah umum di kampung Kuala Tekal, dekat sini, malam ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ceramah parti pembangkang yang berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di sini yang mendakwa kerajaan kini kehabisan wang untuk mentadbir negara sehingga terpaksa memungut wang daripada pesalah jalan raya.

Muhyiddin berkata isu pembayaran kesalahan saman itu sepatutnya tidak menjadi isu kerana saman dikeluarkan bagi mendidik pengguna jalan raya agar lebih berhemah.

Sebanyak 1.5 juta saman diselesaikan pesalah trafik dalam tempoh seminggu sehingga tengah malam tadi, iaitu tarikh akhir diskaun yang ditawarkan polis.

Bagaimanapun, Ketua Trafik Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof, berkata masih ada 17.3 juta saman belum dibayar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan