Isnin, 28 Februari 2011

TRANSFORMASI UMNO CAWANGAN KANGKAR TEBRAU KIRI 2011

Alhamdulillah setelah tahun baharu ini dimulakan dengan kemenangan BN di dalam pilihanraya kecil, UMNO cawangan Kangkar Tebrau Kiri setapak ke hadapan memperbaiki pengurusan UMNO cawangan dan bertekad membantu BN memenangi kerusi di kawasan sekitar cawangan.

Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah menunjukkan perubahan yang amat memberangsangkan dan mencipta kejayaan di pentas dunia. Justeru itu, UMNO cawangan Kangkar Tebrau Kiri berusaha melakukan transformasi dalam politik dan membantu membela nasib untung rakyat di kawasan cawangan dengan membantu YB Dato' Haji Abdul Halim bin Suleiman mengemaskini data permasalahan rakyat terutama di Desa Mutiara yang mempunyai keahlian UMNO cawangan Kangkar Tebrau Kiri.

InsyaAllah, doakan kejayaan cawangan kami dalam tahun 2011