Ahad, 6 Mac 2011

Peratusan Keluar Mengundi Semakin Bertambah

6 Mac - Setelah tamatnya masa mengundi, peratus keseluruhan keluar mengundi bagi DUN Merlimau 78.98 peratus atau 8,435 orang manakala DUN Kerdau ialah 83.12 peratus atau 7,480 orang.
*****

5.15 petang- Proses pengundian bagi dua pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau Pahang ditutup tepat pukul 5 petang. Semua tujuh pusat pengundian di Merlimau dan 13 di Kerdau telah ditutup dan peti undi kini dibawa ke pusat penjumlahan undi di kawasan masing-masing.

Keputusan dijangka dapat diumumkan pada pukul 8 malam ini.
*****

4.25 petang – Sehingga pukul 4.00 petang, peratus keluar mengundi bagi DUN Merlimau bertambah kepada 76.87% atau 8,181 orang manakala DUN Kerdau meningkat kepada 81.52 peratus atau 7,336 orang.

Sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyaksikan lebih 80 peratus pemilih keluar mengundi pada PRK DUN Kerdau telah dicapai.
*****

3.35 petang – Hingga pukul 3.00 petang, peratus keluar mengundi DUN Merlimau ialah 72.6 peratus atau 7,722 orang manakala DUN Kerdau 79.44 peratus atau 7,149 orang.
*****

2.30 petang – Peratusan keluar mengundi terus meningkat dengan catatan sehingga pukul 2.00 petang di DUN Merlimau ialah 66.8 peratus atau 7,110 orang manakala di DUN Kerdau 75.62 peratus atau 6,805 orang.

*****

1.45 tengahari – Peratus pengundi yang menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK DUN Merlimau sehingga pukul 1 petang ini ialah 62 peratus atau 6,555 manakala DUN Kerdau 71.86 peratus atau 6,467 orang.

SPR mensasarkan 80 peratus daripada 10,679 pemilih berdaftar di DUN Merlimau akan keluar mengundi apabila pusat pengundian ditutup pukul 5 petang ini.
*****

12.20 tengahari – Hingga pukul 12.00, peratus keluar mengundi DUN Merlimau, 54 peratus atau 5,746 orang dan di DUN Kerdau 65.27 peratus atau 5,874 orang.
*****

11.30 pagi – Hingga pukul 11.00 pagi, peratusan keluar mengundi di DUN Merlimau 43 peratus iaitu 4,571 manakala DUN Kerdau 53.34 peratus iaitu 4,890 pengundi.
*****

10.35 pagi – Hingga pukul 10.00 pagi, peratusan keluar mengundi di DUN Merlimau ialah 30 peratus iaitu 3,175 orang pengundi sementara di DUN Kerdau 36.25 peratus iaitu 3,262 pengundi.
*****

9.50 pagi – Peratus pengundi yang keluar mengundi pada PRK DUN Kerdau adalah 15.55 peratus atau kira-kira 1,399 orang setakat pukul 9 pagi ini. SPR menyasarkan peratus pengundi yang keluar mengundi bagi pilihan raya kecil ini adalah lebih 80 peratus.

Bagi DUN Merlimau, 1,500 atau 14 peratus telah keluar mengundi.
*****

9.15 pagi – Calon BN DUN Merlimau, Roslan Ahmad telah mengundi di SK Merlimau 1 jam 8.30 tadi sementara calon BN DUN Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad telah mengundi di SK Kuala Tekal pada jam 8.20 pagi. Calon Pas di kedua-dua tempat terbabit tidak mengundi di kawasan PRK DUN Merlimau dan DUN Kerdau.
*****

TEMERLOH, 6 Mac – Pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Merlimau dan DUN Kerdau dibuka tepat 8.00 pagi seperti dijadualkan.

Calon BN DUN Kerdau ialah Naib Ketua Umno bahagian Kuala Krau dan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dicabar Ketua Penerangan PAS Pahang, Hassanuddin Salim, 43 manakala di Merlimau calonnya BN adalah Roslan Ahmad, 44, iaitu Anggota Jawatankuasa Umno bahagian Jasin, ditentang calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38.

Tiga belas pusat pengundi bagi DUN Kerdau ialah Dewan Puspa Rumpun Makmur, Sekolah Kebangsaan Jengka 25, Sekolah Kebangsaan Jengka 22, Balai Raya Kampung Seri Tanjung, Sekolah Kebangsaan Jengka 23, Sekolah Kebangsaan Kuala Tekal, Sekolah Kebangsaan Pulau Pasir Mandi, Balai Raya Kerai; Sekolah Kebangsaan Lipat Kajang, Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau, Sekolah Kebangsaan Paya Taram, Sekolah Kebangsaan Kerdau dan Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang.

Bagi DUN Merlimau, tujuh pusat pengundian telah dibuka iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Jasin Lalang, Sekolah Kebangsaan Chin Chin, SJK Tamil Ladang Jasin Lalang, Sekolah Kebangsaan Merlimau 2, Sekolah Kebangsaan Merlimau 1, Sekolah Kebangsaan Merlimau dan SJKC Merlimau.

Proses pengundian akan berakhir jam 5 petang dan keputusan dijangka diumumkan pada 8 malam ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan