Selasa, 1 Mac 2011

Buku Jingga Untuk Kaburi Rakyat – Muhyiddin


TEMERLOH 1 Mac – Buku Jingga yang diperkenalkan oleh pakatan pembangkang adalah ceita lama mereka untuk mengaburi mata rakyat dalam usaha mereka untuk mendapatkan sokongan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata apa yang diperkatakan dalam buku berkenaan adalah sesuatu yang tidak rasional dan jika diteliti perkara yang diijanjikan itu boleh membawa musibah kepada rakyat dan negara jika dilaksanakan.

“Mereka buat tawaran itu kerana tidak fikir jangka panjang, kita harapkan rakyat tidak terpedaya dengan tawaran itu. Pada pilihan raya 2008 lalu, mereka buat pelbagai janji tapi tak mampu laksanakan, walaupun mereka perintah Selangor dan Pulau Pinang.

“Tak ada masalah nanti sampai satu peringkat bila Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan saya akan ulas satu persatu supaya jangan ada pihak yang terpedaya dengan tarikan besar kononnya ditawarkan oleh pakatan (pembangkang),” katanya di Perjumpaa Dengan Warga Pendidik, dan Jawatankuasa Permuafakatan PIBG Parlimen Kuala Krau.

Beliau mengingatkan rakyat terutamanya pengundi di DUN Kerdau supaya tidak terpedaya dengan janjji-janji serta pelbagai dakyah dan fitnah yang dilakukan oleh pembangkang terutama ketika adanya pilihn raya kecil.

Mengenai poster calon Pas yang turut mempamerkan lambang Dap dan PKR serta perkataan pakatan rakyat, Muhyiddin berkata perkara itu terserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengambil tindakan.

“Yang bertanding di sini, parti Pas, sepatutnya tiada lambang parti lain selain Pas, ini terserah kepada SPR, apa yanga dilakukan itu menunjukkan mereka tidak ada keyakinan dalam pilihan raya ini,” katanya.

Sementara ini ketika berucap di Program Bersama Warga India, Muhyiddin berkata kerajaan Barisan Nasional tidak pernah menganak tiri mana-mana kaum walaupun mereka kaum minoriti di negara ini.

“Tuduhan pembangkang kita zalim adalah tidak benar, kalau zalim kita dah jadi macam Timur Tengah. Kta berlaku adil sebab itu kita boleh duduk aman tak macam negara lain,” katanya.

Muhyiddin berkata, kaum India di negara ini perlu bersama BN untuk terus maju, kesinambungan kerajaan membolehkan setiap perancangan dapat dilakukan dengan lancar tanpa sebarang masalah. MediaUMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan