Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan(gambar) berkata, peneroka perlu berwaspada dengan permainan pembangkang itu bagi merosakkan perpaduan masyarakat peneroka di tanah rancangan Felda di negeri ini.
Katanya, warga peneroka tidak memerlukan ‘orang luar’ untuk menyelesaikan apa juga masalah yang dihadapi.
”Apatah lagi yang datang itu telah dikenali sebagai kelompok yang iri hati dengan kemajuan yang dinikmati sekarang. Peneroka tidak sewajarnya diganggu atau dipengaruhi supaya menentang Felda.
”Jangan hanya dengan isu remeh-temeh seperti perahan minyak sawit di kilang atau lain-lain masalah yang boleh diselesaikan di meja rundingan, mereka sanggup menuduh Felda dengan pelbagai tuduhan negatif malah ada yang menyaman agensi ini,” katanya.
Hakikatnya, pihak pembangkang tahu Felda adalah kubu kuat UMNO dan BN, oleh itu mereka ghairah mendekati peneroka dengan pelbagai isu direka dan dicipta bagi kurangkan keyakinan warga Felda kepada kerajaan
Masyarakat peneroka harus mengetahui bahawa tindakan pembangkang itu hanya bersifat sementara dan bermusim terutama apabila tiba pilihan raya umum atau pun pilihan raya kecil.
Beliau berkata demikian selepas bertemu peneroka di Felda Jengka 22 di sini hari ini. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentol.
Beliau menegaskan, peneroka perlu bermuhasabah diri dan bersyukur dengan kemajuan yang dicapai. Menurutnya, kawasan Felda Jengka suatu ketika dahulu merupakan hutan tebal sebelum berubah sebagai ‘lubuk rezeki’ apabila dibangunkan sebagai kawasan tanah rancangan.
”Jangan begitu mudah menuduh Felda penipu akibat terpengaruh dengan dakyah dan khabar angin yang tidak pasti daripada pihak yang diketahui sebagai ‘musuh’ Felda,
”Saya sedih dengan kerenah segelintir peneroka yang tidak berterima kasih setelah Felda melaksanakan pelbagai kemajuan semata-mata untuk mengangkat martabat warga Felda termasuk generasi baru,” tambahnya lagi.
Tegasnya, amalan saman menyaman atau berdemonstrasi bukan menjadi budaya masyarakat peneroka kerana mereka dilatih supaya berfikiran rasional.
Beliau turut meminta peneroka menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pengurusan Felda dan bukannya mengadu kepada pihak luar yang memang sentiasa ‘menangguk di air keruh’.
Beliau mengingatkan bahawa pihak luar itu yang datang sekali sekala ke tanah rancangan hanya pandai berjanji tetapi pada hakikatnya hanya beretorik bagi menarik peneroka menyokong perjuangan politik sempit mereka.- MediaUMNO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan