Jumaat, 4 Mac 2011

PERASMIAN MESYUARAT UMNO BERKELOMPOK 2011


















4 Mac - UMNO Cawangan Kangkar Tebrau Kiri telah hadir ke Majlis Perasmian Mesyuarat UMNO Berkelompok di Dewan Desa Cemerlang malam tadi.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Dr. Abdul latif Ahmad. Turut hadir ke majlis tersebut Ketua UMNO Bahagian Tebrau, YB Datuk Haji Maulizan Bujang, Timbalan Ketua UMNO, YB Datuk Haji Abdul Halim Haji Suleiman, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda UMNO.

Dalam majlis ini, YB Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad telah menekankan aspek kerjasama antara ahli UMNO dengan masyarakat. Terutamanya memastikan pengundi Melayu di kawasan masing-masing mendaftarkan diri sebagai pengundi.

Dalam majlis ini juga beliau telah menyampaikan sumbangan UMNO Bahagian Tebrau kepada UMNO cawangan-cawangan bagi mengadakan mesyuarat pada tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan