Khamis, 10 Mac 2011

Pas “Tak Ori” : Hadi Dan Nik Aziz Perlu Muhasabah

Oleh S.A Najmuddin

KUALA LUMPUR 10 Mac – Pemimpin Pas khususnya Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang termasuk Mursydul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat disaran bermuhasabah dan berfikir secara mendalam penolakan orang Melayu terutama masyarakat Islam terhadap parti berkenaan.

Gesaan ikhlas itu hadir daripada bekas orang kuat mereka sendiri yang telah bertindak keluar parti, Datuk Ghazali Hj Ahmad yang berbelas tahun berada di dalam barisan kepimpinan Dewan Ulama Pas sebelum ini.

Menurut beliau perjuangan Pas yang ibarat lalang serta sekadar menjadi “pak turut” dan “kuda tunggangan” di dalam barisan pembangkang yang dikuasai DAP dan PKR menyebabkan orang Melayu menjauhkan diri daripada parti terbabit.

“Kalau Pas nak selamat serta masih diterima oleh oarng-orang Melayu mereka perlu tengok kepada perkara-perkara asas seperti ini kerana seperti yang sedia maklum, Pas hari ini tidak ada segala-galanya baik prinsip atau pegangan perjaungan sejati.

“Apa yang mereka kejar sekarang ialah menuju Putrajaya sepertimana mimpi sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang tanpa mereka sedari Pas hanyalah sekadar alat untuk memancing undi orang-orang Melayu.

“Justeru, saya berpandangan kekalahan mereka pada pilihan raya kecil DUN Kerdau dan Merlimau baru-baru ini adalah petunjuk dan ingatan daripada Allah s.w.t agar mereka kembali melihat kepada tindak-tanduk parti berkenaan yang ‘tidak lagi original’,” katanya.

Beliau seterusnya menambah, walapun kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan bukanlah ukuran yang sebenar, namun pemimpin Pas perlu sedar dan tahu hakikat yang perlu dibayar oleh mereka sekiranya terus berada di dalam barisan pembangkang.

Pada pilihan raya kecil DUN Kerdau dan Merlimau baru-baru ini, Pas tewas di kedua-dua kerusi berkenaan selain menunjukkan peningkatan majoriti kemenangan BN. DUN Kerdau merupakan majoriti pengundi Melayu selain bebeberapa pengundi yang terdiri daripada kaum lain. Begitu juga di DUN Merlimau dengan campuran pengundi pelbagai kaum dengan majoriti pengundi Melayu.

Datuk Ghazali seterusnya melihat, isu-isu rekaan yang dimainkan oleh Pas tidak lagi berjaya menambat hati para pengundi selain tindakan beberapa pemimpin parti berkenaan yang tidak melihat keperluan rakyat.

“Ini adalah antara beberapa perkara yang saya mahu berkongsi agar Pas sedar dan tidak terus lena dibuai mimpi indah bersama rakan sekutu mereka yang sekadar menjadikan Pas sebagai kuda tunggangan demi menjayakan mimpi menawan Putaraja,” katanya. -MediaUMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan