Rabu, 2 Mac 2011

KAMI SOKONG CALON BN DI MERLIMAU DAN KERDAU

UMNO Cawangan Kangkar Tebrau Kiri mendoakan kejayaan calon-calon BN ini agar dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Lantaran itu, kami berharap rakan-rakan di Merlimau dan kerdau jangan lupa undi calon kita ini.


Biodata Calon
Nama penuh : Roslan bin Datuk Hj Ahmad
Alamat : 127-16, Ayer Merbau, Jalan Batu Gajah, Merlimau 77300 Melaka
Umur : 44 tahun
Tarikh Lahir : 9 Januari 1967
Taraf perkahwinan : Berkahwin
Nama isteri : Zalifah binti Hj. OmarBil.
anak : 4 orang ( 3 lelaki dan 1 perempuan )
PendidikanDiplomaInstitusi : Institute Technology Tun Abdul Razak ( ITTAR )Swansea Inst.Higher Education ( S.I.H.E ) Wales, United KingdomBidang Pembelajaran : Diploma Pengajian Perniagaan ( Business Management ) DBMTahun : 1994-1996
Latar belakang Pekerjaan ( Terkini )PERBADANAN MELAKA HOLDINGS BHS ( PMH )Anak syarikat Milik Penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka ( PKNM )
Jawatan terkini : PengurusBahagian / unit :Bahagian Pembangunan Bisnes & Sosio-Ekonomi
Mula berkhidmat : 07 September 2009

Roslan Datuk Ahmad, anak bekas ADUN Sungai Rambai Datuk Ahmad Ithnin diumumkan sebagai calon BN bagi PRK Merlimau. Pengumuman dibuat oleh TPM, Muhyiddin Yassin di pekan Merlimau sekejap tadi.

Roslan merupakan Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings.


Naib Ketua UMNO Kuala Krau Calon BN PRK Kerdau

KERDAU, 22 Feb. – Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yang akan berlangsung 6 Mac depan.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan lebih 4,000 penyokong BN di Dataran Sri Ketumbit, dekat sini.

Syed Ibrahim yang dilahirkan di Kampung Kuala Tekal, Temerloh, Pahang mendapat pendidikan rendah dan menengah dari Temerloh iaitu di Sek Ren Keb Kuala Krau, Sek Men Agama Al-Kahiriah dan kemudiannya di Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir.

Beliau pernah bertugas sebagai pembantu pegawai Yayasan Pahang di Kaherah (1993-1996) selain mempunyai pengalaman sebagai guru bahasa Arab di Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh (1997–2000); sebelum menjadi Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Jerantut dan kemudiannya menjawat Pegawai Khas kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau telah bertemu jodoh dengan Sharifah Farunai Syed Ahmad yang juga mempunyai pengalaman sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Darul Naim. Rumahtangga beliau dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

BIODATA

Nama : Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Tempat Lahir : Kg Kuala Tekal, Temerloh, Pahang.
Tarikh Lahir : 18 Januari 1967
Umur : 44 tahun
Alamat : Kg Bukit Seding Dato Sharif, Temerloh, Pahang.
Status : Berkahwin
Nama Isteri : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Bil Anak : Satu Lelaki dan Dua Perempuan

Pendidikan
(i) Sek Ren Keb Kuala Krau, Temerloh
(ii) Sek Men Agama Al-Kahiriah, Temerloh
(iii) Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang
(iv) Universiti Al Azhar

Pengalaman Kerjaya
(i) Pembantu Pegawai Yayasan Pahang, Kaherah, Mesir (1993-1996)
(ii) Guru Bahasa Arab dan Agama Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. (1997 – 2000)
(iii) Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Jerantut. (Nov – Dis 2000)
(iv) Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang (2001 -)

Pengalaman Politik
(i) Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.
(ii) AJK Dakwah Kerajaan Negeri Pahang
(iii) AJK Persatuan Pelajar Timur Tengah, Pahang
(iv) Ajk Biro Latihan UMNO Pahang.
(v) Ketua UMNO Caw Kuala Tekal, Temerloh

Maklumat Isteri
Nama : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Umur : 45 tahun
Tarikh Lahir : 19-01-1966

Pendidikan
(i) Maahad Muahmmadi, Kota Bharu, Kelantan.
(ii) Ijazah Sarjana Muda (Usulludin).

Pengalaman
Guru Sek Menengah Agama Darul Naim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan