Isnin, 7 Disember 2009

SUA Gesa Ahli Sentiasa Bersedia

KUALA LUMPUR, 7 Dis. – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa ahli-ahli UMNO di seluruh negara sentiasa bersikap peka dan bersedia terhadap perkembangan semasa dan juga saranan Presiden parti terhadap masa hadapan UMNO.
Dalam hal ini katanya, semua ahli-ahli UMNO khususnya para pemimpin termasuklah di peringkat akar umbi perlu memahami hasrat yang telah dizahirkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak terutamanya untuk melihat parti ini lebih berjiwa rakyat dan terus berada di landasan perjuangannya.
“Kita telah pun menggariskan tumpuan yang bakal dilalui oleh ahli-ahli parti dalam memastikan kesinambungan perjuangan terus relevan dengan mengaktifkan parti melalui progam dan aktiviti yang bertemakan UMNO Juara Rakyat,” katanya.
Sebelum ini, Presiden parti yang juga Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa ahli-ahli Majlis Tertinggi yang bermesyuarat Jumaat lalu telah meluluskan program UMNO bagi tahun depan dan mulai Januari 2010, iaitu melaksanakan program yang bertemakan ‘UMNO Juara Rakyat’.
“Sebenarnya program yang dirancang tersebut bukanlah sesuatu yang asing tetapi ia diperincikan dengan lebih teratur dan mantap melalui pelbagai aktiviti akan dijalankan antaranya pendidikan, keagamaan, kerohanian, keusahawanan, perekonomian, sosial dan NGO serta pelbagai lagi jenis program yang telah ditentukan.”
Jelas beliau lagi, walaupun program tersebut mengkhusus kepada UMNO tetapi ia bukan terhad kepada ahli-ahli parti sahaja sebaliknya rakan-rakan kompenan dalam Barisan Nasional (BN) juga turut dipelawa dan bersama-sama menggembling tenaga memastikan kerukunan dan keharmonian terus terpelihara.
“Melalui program-program tersebut, kita akan memastikan bahawa tidak akan ada ahli yang terpinggir atau merasa tersisih kerana mereka akan terlibat secara langsung dalam menjayakan setiap perancangan sama ada di peringkat bahagian atau cawangan sekalipun,” jelas beliau lagi.
Dalam memastikan kesinambungan parti, beliau yang juga Setiausaha Agung BN turut memaklumkan bahawa program pemutihan keahlian akan digerakkan sebagai alternatif menentukan kesahihan ahlinya dalam UMNO.
“Tindakan tersebut dibuat bagi menentukan kaedah pemutihan ahli-ahli supaya senarai yang ada merupakan senarai sahih terkini khususnya selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pindaan parti.”
ROS meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO pada 10 November 2009 yang lalu dan dengan itu UMNO memansuhkan yuran tahunan dan ahli hanya perlu membayar yuran keahlian sekali seumur hidup semasa membuat permohonan menjadi ahli parti iaitu berbeza dengan sebelum ini, bayaran yuran daripada ahlinya dikenakan setiap tahun.
Bagi melaksanakan pemutihan tersebut, beliau memaklumkan bahawa ibu pejabat UMNO akan berhubung secara terus dengan semua UMNO Bahagian untuk keberkekasan proses berkenaan.
Selaras dengan kelulusan pindaan Perlembagaan UMNO tersebut juga, Tengku Adnan turut menggesa ahli-ahli parti agar tidak leka dengan matlamat perjuangan untuk terus memperkasa parti dan memastikan kekukuhan di kalangan ahli terpelihara.
“Kita jangan terlalu asyik menyaksikan pergolakan yang berlaku dalam parti lawan hinggakan kita lalai untuk melaksanakan tanggungjawab kita seperti mana yang telah digariskan oleh Presiden,” katanya.
Menurut beliau, pergeseran pendapat dan pertentangan idea yang melanda pakatan pembangkang perlu diambil sebagai satu tauladan dan lonjakan bagi UMNO dan BN sendiri untuk terus memantapkan matlamat perjuangan.
“Sesungguhnya apa yang berlaku kepada PAS, PKR dan DAP adalah bukti bahawa idealogi mereka yang tidak selari jauh menyimpang daripada apa yang dihajatkan oleh masyarakat, dan perkara sedemikian tidak pernah berlaku dalam BN kerana kerajaan tahu kehendak rakyat,” tegasnya.

Jumaat, 18 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin. Andai tersalah kata, Kami menyusun sepuluh jari memohon keampunan. Mudah-mudahan kita meraikan hari raya ini dengan penuh kegembiraan dan sentiasa bersyukur kepada Allah S.W.T.

Ahad, 23 Ogos 2009

KAMI SOKONG SATU MALAYSIA



Ahli UMNO Kangkar Tebrau Kiri tidak akan membenarkan sesiapa menghina pemimpin kami, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Kami akan pastikan idealisme yang dibawa oleh pemimpin kami sampai ke akar umbi. Kepada Datuk Seri Mohd Najib, jangan putus asa, kami akan berdiri teguh di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib.

Sabtu, 22 Ogos 2009

KAMI MENYOKONG PENUH KEPIMPINAN UMNO BAHAGIAN TEBRAU


Y.B DATUK HAJI MAULIZAN BIN BUJANG
Ketua UMNO Bahagian Tebrau
Y.B Dato' Haji Abdul Halim Bin Suleiman
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tebrau

Kepada Kepimpinan UMNO Bahagian Tebrau. Johor Darul Takzim, Malaysia
kami ahli UMNO Cawangan Kangkar Tebrau Kiri berikrar dan berjanji akan melaksanakan tuntutan perjuangan suci dan murni bagi memperkasakan bangsa dan mempertahankan Islam serta memastikan tanah air yang dipijak ini tidak akan jatuh ke tangan penjajah. Kami menyokong penuh kepimpinan Y.B DATUK HAJI MAULIZAN BIN BUJANG, Ketua UMNO Bahagian Tebrau agar konsep "UMNO Satu Tebrau" memenuhi inspirasi perjuangan murni DATUK SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, Presiden UMNO Malaysia yang juga Perdana Menteri Malaysia ke 6 dalam memperkasakan bangsa Melayu.

MENGENALI UMNO-MARUAH AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR BAGI ORANG MELAYU


BERANI BERUBAH BERSAMA
BERANI BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK DARIPADA SEBELUMNYA
DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
menyelusuri UMNO dari mula...
sebuah kisah perjuangan yang tiada nilainya...

Isnin, 1 Jun 2009

SEJARAH PENUBUHAN PARTI KERAMAT

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union.

Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.

Sabtu, 30 Mei 2009

Pinda perlembagaan

KUALA LUMPUR 29 Mei – Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat hari ini menetapkan 13 hingga 16 Oktober depan sebagai tarikh berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2009.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, untuk perhimpunan tahun ini, ia akan dimulakan dengan Mesyuarat Agung Khas yang bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
Menurutnya, draf cadangan untuk pindaan berkenaan sudah hampir siap dan ia akan diedarkan kepada badan perhubungan negeri tidak lama lagi bagi mendapatkan maklum balas dan ulasan mereka.

‘‘Selepas itu, MT akan membuat ketetapan tentang peruntukan yang akan dipinda dan seterusnya membentangkannya dalam Mesyuarat Agung Khas. Selepas selesai, maka mesyuarat akan kembali kepada perhimpunan agung seperti biasa.

‘‘Diputuskan juga hanya satu usul sahaja akan dibincang iaitu usul penghargaan kepada ucapan Presiden dan di bawah usul ini semua orang boleh bawa apa juga perkara yang hendak dibawa nanti,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat MT di sini hari ini.
Hadir sama timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Najib berkata, MT juga bersetuju supaya jawatan seseorang pemimpin yang didakwa di mahkamah digantung sehingga proses perbicaraan selesai dan jika didapati tidak bersalah maka jawatannya akan dikembalikan.

Menurut Perdana Menteri, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat MT hari ini setelah menerima syor daripada Jawatankuasa Pengurusan.

‘‘Kita dari segi prinsipnya bersetuju atas syor itu bahawa seseorang yang dikenakan tuduhan di mahkamah, jawatan dia akan digantung.

‘‘Sekiranya dia berjaya dalam proses mahkamah maka dia akan dapat semula jawatannya, itu secara prinsipnya,’’ jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib turut mengumumkan yang MT bersetuju atas cadangan supaya ahli Lembaga Disiplin UMNO yang merangkumi panel penyiasatan, tribunal dan rayuan ditambah.

Sehubungan itu katanya, lima pelantikan baru dibuat yang terdiri daripada bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Ismail Saidin, peguam Datuk Zuraidah Atan; bekas Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wahab Wahid dan dua bekas pegawai polis iaitu Nordin Saidin dan Mohamad Zin Ismail.

Najib pada sidang akhbar berkenaan turut mengumumkan yang Mesyuarat MT hari ini turut mengesahkan dan menerima secara rasmi kemasukan semula Tun Dr. Mahathir Mohamad; isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan anaknya, Datuk Mokhzani ke dalam parti itu.
Dalam pada itu, ditanya mengenai kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mahukan ahli UMNO di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tidak keluar mengundi, Najib berkata;‘‘Kita menjauhkan diri dengan pilihan raya kecil berkenaan. Keputusan UMNO, kita tidak terlibat dengannya. ‘‘Apa sahaja tindakan yang diambil ia adalah di peringkat individu. Parti tidak mengambil apa-apa pendirian. Kita tidak terlibat sama sekali,’’ .

Katanya, sebarang saranan ataupun gesaan yang dibuat oleh ahli-ahli UMNO mengenai Pilihan Raya DUN Penanti, ia adalah pandangan peribadi.

Selasa, 26 Mei 2009

SYABAS DAN TAHNIAH

Tahniah, kepada semua ahli UMNO Cawangan Kangkar Tebrau Kiri Desa Mutiara kerana telah menjalankan kewajipan dengan menghadirkan diri ke persidangan cawangan. Mudah-mudahan Allah S.W.T memberkati apa yang telah kita usahakan, demi Agama, Bangsa dan Negara.

Khamis, 21 Mei 2009

PERSIDANGAN CAWANGAN


SELAMAT BERSIDANG KEPADA
SEMUA AHLI UMNO.
UMNO CAWANGAN KANGKAR KIRI
DESA BUKIT MUTIARA,
BAHAGIAN TEBRAU,
JOHOR MENGUCAPKAN SELAMAT BERSIDANG PADA SELURUH AHLI CAWANGAN:
24 MEI 2009
AHAD
BAWAH BLOK DUA,
DESA BUKIT MUTIARA.

Persidangan Tahunan Cawangan Dan Bahagian 2009

KUALA LUMPUR, 15 April – Ibu Pejabat UMNO mengeluarkan pekeliling memaklumkan bahawa tarikh-tarikh Persidangan Tahunan Cawangan dan Perwakilan Bahagian termasuk Pergerakan Sayap-sayap bagi tahun 2009.

Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa Persidangan Tahunan bagi tahun 2009 adalah seperti berikut:

1. Persidangan Tahunan Cawangan 2009

1.1. Cawangan-cawangan bolehlah mengadakan Persidangan Tahunannya bila-bila masa mulai hari Jumaat, 15 Mei 2009 sehingga hari Selasa, 30 Jun 2009.

1.2. Cawangan-cawangan yang telah berdaftar pada atau sebelum 31 Disember 2008 serta telah memperolehi Sijil Pendaftaran Cawangannya sahaja yang layak mengadakan Persidangan Tahunannya untuk tahun 2009.

1.3. Tarikh bagi semua Persidangan Tahunan Cawangan hendaklah ditentukan oleh Bahagian setelah berunding dengan Cawangan berkenaan.

1.4. Merujuk kepada Peraturan Persidangan 5.3 “Persidangan Cawangan hendaklah diadakan pada satu tempat yang berkecuali dalam Cawangan berkenaan, melainkan jika tidak ada kemudahan di situ maka Persidangan bolehlah diadakan di mana-mana tempat yang munasabah termasuk di luar Cawangan setelah berunding dengan Bahagian”.

1.5. Setiausaha Cawangan hendaklah memberitahu ahli-ahli secara bertulis sekurang-kurangnya tujuh (7) hari terlebih dahulu daripada hari diadakan Persidangan Tahunan Cawangan.

1.6. Sebarang permohonan untuk menunda tarikh-tarikh persidangan Tahunan Cawangan di luar daripada tempoh yang telah ditetapkan tidak akan diluluskan.

1.7. Persidangan Cawangan hendaklah terdiri daripada :-

i. Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap
ii. Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan
iii. Ahli-ahli Cawangan yang telah menjelaskan yuran tahunannya sebelum atau pada 31 Disember 2008.

1.8. Sesuai dengan Fasal 17.5 Perlembagaan UMNO, di antara tugas-tugas Persidangan Cawangan ialah:-

FASAL 17.5.6
Memilih Wakil-wakil ke Perwakilan Bahagian. Wakil-wakil yang tidak dipilih di dalam Persidangan Cawangan atau sebarang pertukaran selepas itu tidak sah.

FASAL 17.5.8
Tertakluk kepada Fasal 8.4.3, mencadangkan 7 nama untuk dipilih sebagai wakil UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO.

2. Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda Dan Puteri Cawangan 2009

2.1.1. Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan bolehlah mengadakan Persidangan Tahunan masing-masing bila-bila masa mulai dari hari Jumaat, 15 Mei 2009 sehingga hari Selasa, 30 Jun 2009.

2.2.2. Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri Cawangan hendaklah diadakan terlebih dahulu sebelum Persidangan Tahunan Cawangan masing-masing.

2.2.3. Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan hendaklah memberitahu ahli-ahli secara bertulis sekurang-kurangnya tujuh (7) hari terlebih dahulu daripada hari diadakan persidangan masing-masing.

2.2.4. Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan hendaklah terdiri daripada :-

i. Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap Pergerakan

ii. Ahli-ahli Jawatankuasa Pergerakan UMNO Cawangan

iii. Ahli-ahli Pergerakan UMNO Cawangan yang telah menjelaskan yuran tahunannya sebelum atau pada 31 Disember 2008.

iv. Tidak lebih dari dua orang wakil daripada Jawatankuasa UMNO Cawangan.

2.2.5. Sesuai dengan Fasal 19.4, Peraturan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, tugas-tugas Persidangan Tahunan Cawangan masing-masing adalah :-

FASAL 19.4.3
Memilih dua (2) orang wakil ke Mesyuarat Perwakilan Wanita/Pemuda/Puteri UMNO Bahagian sebagaimana Fasal 14.2.4 Peraturan ini.

FASAL 19.4.5
Tertakluk kepada Fasal 9.2.4 Peraturan ini, mencadangkan dua (2) orang wakil Wanita/Pemuda/Puteri UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agung Wanita/Pemuda/Puteri UMNO Malaysia.

PERJUANGAN KINI


Kami ahli UMNO Cawangan Kangka Tebrau Kiri Desa Bukit Mutiara berjanji akan taat setia kepada pemimpin UMNO Malaysia.